Kuala Lumpur, Malaysia | Jakarta, Indonesia info@pitiscoin.asia

BPK#4 – Bicara Perdagangan Kripto – 27 September 2018

Pitiscoin > Bicara Perdagangan Kripto > BPK#4 – Bicara Perdagangan Kripto – 27 September 2018

Selamat Pagi para pedagang semua. Ada yang muka ada senyum, ada juga yang bermuka masam pagi ini ya. Hidup ini memang macam inilah, ada turun naiknya. Seperti biasa saya hanya mahu bercakap-cakap kosong mengenai keadaan iklim Bitcoin semasa. Abaikan jika pada firasat anda, kata-kata saya ini sekadar ngomelan si tua bongkok dari gua hantu.

Bangunlah pagi ini dan cuba lihat keuntungan pada Bitcoin. Pada 1 jam, bitcoin kini terperangkap dalam kawasan rintangan yang berat, langkah seterusnya ia mungkin menaik jika rintangan pada kira-kira $6,550 pecah, tidak pasti jika Bitcoin masih boleh kekal dalam zon semasa.

Cuba lihat Bitcoin pada 4 jam. Sekiranya anda masih mengikuti isyarat saya mengenai persimpangan Stochastic, Bitcoin masih bergerak dan anda sudah mempunyai keuntungan. Saya menjangkakan dalam skema jangka masa panjang, Bitcoin akan naik sehingga cross stohastic lagi.
Apa perdagangan saya hari ini?

Jangan terkeliru antara perdagangan jangka lama dan perdagangan jangka pendek anda. Anda masih boleh melakukan perdagangan jangka pendek sekiranya harga sedang menaik, anda masih boleh menahan perdagangan jangka lama sekiranya harga menurun.
Seperti biasa Trade At Your Own Risk (TAYOR) dengan berbekal doa kepada yang maha esa dan percikan semangat juang berani gagal anda itu sendiri.

CryptoHawk

#Perjuangan
Pertubuhan Cypto Republik

Miliki wallet kripto percuma di www.mypw.io
Mulakan berdagang Kripto di www.nucex.io
Ketahuilah kripto Nusantara di www.pitiscoin.asia
Pelajari Blockchain di www.blockchainacademyasia.io

Related Posts

Leave a Reply