Kuala Lumpur, Malaysia | Jakarta, Indonesia info@pitiscoin.asia

Artikel#9 – 75 Bank menggunakanpakai rangkaian maklumat antara bank berasaskan Blockchain

Pitiscoin > Artikel Blockchain > Artikel#9 – 75 Bank menggunakanpakai rangkaian maklumat antara bank berasaskan Blockchain

Pada 25 September, JP Morgan mengumumkan pengembangan Interbank Information Network (IIN). Dilancarkan sebagai projek pilot pada 2017, rakan asal IIN adalah Australia & New Zealand Banking Group Limited dan Royal Bank of Canada. IIN kini boleh memudahkan pembayaran rentas sempadan di Afrika, Asia, Eropah, Amerika Latin, dan Timur Tengah. 75 buah bank telah berada dalam rangkaian tersebut seperti Bank Allied Irish, Bank Perdagangan Afrika, Credit Agricole, Bank Negara Kenya, Bank Negara Kuwait, PKO Bank Polski, Santander dan lain-lain.

Secara tradisinya, sistem pembayaran antarabangsa adalah termasuk pelbagai lapisan komunikasi untuk mengesahkan dan memproses urusniaga, terutama jika terdapat masalah atau kelewatan. Banyak urusniaga bergerak melalui bank antara bank, terutama di luar Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Ini bererti apabila terdapat masalah, bank kadangkala meminta beberapa bank untuk mencari maklumat yang diperlukan dan ini boleh memakan masa.

IIN adalah platform bagi perkongsian maklumat antara bank antarabangsa, menggunakan Quorum, JP Morgan, blok berasaskan Ethereum. IIN membenarkan data untuk direkodkan dengan selamat dan dikongsi pada blockchain. Dengan cara ini, pertanyaan bank dapat diselesaikan hanya dengan memeriksa informasi yang disimpan di blockchain, sehingga proses menyelesaikan masalah di antara bank berjalan dengan lebih cepat.

“IIN akan meningkatkan pengalaman pelanggan, mengurangkan jumlah masa – dari minggu ke jam – dan kos yang berkaitan dengan menyelesaikan kelewatan pembayaran,” kata Emma Loftus, ketua Global Payments and Receivables, JP Morgan Treasury Services, dalam sidang media projek tersebut.

Dipetik dari sumber : https://www.ethnews.com/jp-morgans-quorum-powered-interbank-information-network-reaches-75-members

Miliki wallet kripto percuma di www.mypw.io
Mulakan berdagang Kripto di www.nucex.io
Ketahuilah kripto Nusantara di www.pitiscoin.asia
Pelajari Blockchain di www.blockchainacademyasia.io

Related Posts

Leave a Reply