Kuala Lumpur, Malaysia | Jakarta, Indonesia info@pitiscoin.asia

Artikel#1 – Pembayaran Online menggunakan XRP terus dari pengguna

Pitiscoin > Artikel Blockchain > Artikel#1 – Pembayaran Online menggunakan XRP terus dari pengguna

Pemilik Laman Web Atau Penulis di internet kini boleh menerima pembayaran dalam token XRP terus dari pengguna mereka.

Kejayaan Tipping-for-content ini disebabkan oleh Coil, salah satu idea daripada Stefan Thomas, iaitu Bekas CTO Ripple Labs. Syarikat San Francisco itu telah melancarkan aplikasi versi beta terbaru dengan nama yang sama, yang membolehkan pengguna membayar terus melalui token XRP. Walaupun konsep itu boleh dikatakan dipinjam dari Changetip, aplikasi yang menggunakan landasan bitcoin, bagaimanapon aplikasi Coil agak lebih maju. Hal ini kerana Coil menjadi salah satu alternatif pengiklanan web.

“Selama beberapa dekad, perbincangan mengenai potensi micro-pembayaran ini diketengahkan untuk menyokong pencipta-pencipta kandungan yang akan mengalihkan kita kepada kerosakan pengiklanan web.” Kata Thomas. “Sesetengah pihak mewujudkan perkhidmatan langganan untuk menyekat maklumat. Tetapi micro-pembayaran serta perkhidmatan langganan sentiasa dibina sebagai sistem tertutup, yang mana menyebabkan kegagalan untuk mendapatkan pelbagai variasi maklumat di laman sesawang.

Coil merupakan medium pertama yang membolehkan pengguna membayar laman web menggunakan “Web Monetization”, sebuah piawaian berkuasa Interledger yang akan membolehkan penyemak imbas membayar laman sesawang. Sebagai langkah permulaan untuk mencapai matlamat tersebut, Coil akan bekerjasama dengan beberapa nama terbesar dalam industri web, termasuk YouTube, Wikipedia, Twitch, Internet Archive, and Beat.

Sumber : https://www.ccn.com/content-creators-on-youtube-twitch-and-wikipedia-can-now-accept-ripple-xrp/

 

Miliki wallet kripto percuma di www.mypw.io
Mulakan berdagang Kripto di www.nucex.io
Ketahuilah kripto Nusantara di www.pitiscoin.asia
Pelajari Blockchain di www.blockchainacademyasia.io

Related Posts

Leave a Reply