Kuala Lumpur, Malaysia | Jakarta, Indonesia info@pitiscoin.asia

BPK#1 – Bicara Kripto – 24 September 2018

Pitiscoin > Bicara Perdagangan Kripto > BPK#1 – Bicara Kripto – 24 September 2018

Saya hanya mahu bercakap2 kosong mengenai keadaan iklim Bitcoin semasa. Abaikan jika pada firasat anda, kata2 sy sekadar mengigau di tengahari. 🙂

Bitcoin sedang didagangkan pada nilai yang sangat ketat sekitar RM27,700 hari ini. Melihat frame masa 1 jam, Bitcoin sedang berusaha dgn gigih untuk melepasi nilai itu dan berkemungkinan ia mampu bergerak ke nilai baru sekitar RM29,000.

Semakin lama ia menahan, kebarangkalian harapan untuk ledakannya adalah semakin tinggi. Saya menjangkakan para pedagang dunia sedang di barisan depan untuk memecahkan sekatan nilai ini dan merealisasikan kenaikan harga serta menolak bitcoin satu lagi kaki sehingga naik ke setinggi RM29,000.

Saya berpendapat HODL yg lama perlu dipertahankan kerana terdapat rintangan yang sangat kuat pada RM28,000. Ini adalah tahap 50% fibonacci yang sangat penting dan mungkin akan mengulangi kembali ke situasi Bitcoin pada 4 September yg lalu. Setelah kekuatan pembeli cukup kuat untuk memecah nilainya, ini akan jadi alternatif yg sangat menyokong kuat dan pada hemat saya yg kurang ilmu ni, sepatutnya Bitcoin dapat melalui rintangan itu dan bergerak mencari RM29,000 dengan agak selesa.

So apa saranan sy untuk para pedagang?

Anda boleh menjaga kedudukan HODL semasa jika sudah membuka posisi, jika tiada, maka sekarang adalah masa untuk masukkan posisi lama yang baru, atau tunggu sahaja sehingga rintangan pecah di RM28,000 dan mula berdagang dengan langkah pelarian, menukar ke USDT apabila ia mencecah RM29,000 dan menunggu nilai turun kembali, dan mengulangi perkara yg sama dengan berbekal doa kepada yg maha esa dan semangat berani gagal anda itu sendiri. 🙂

CryptoHawk
#Perjuangan
Pertubuhan Cypto Republik

 

Miliki wallet kripto percuma di www.mypw.io
Mulakan berdagang Kripto di www.nucex.io
Ketahuilah kripto Nusantara di www.pitiscoin.asia
Pelajari Blockchain di www.blockchainacademyasia.io

Related Posts

Leave a Reply